Ahad, 24 November 2013

Selangor lantik AJK Masjid Jaga Kebajikan Muallaf

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan melantik jawatankuasa masjid yang akan mengendalikan tabung dan kebajikan golongan mualaf bermula tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi (gambar), jawatankuasa itu akan mengendalikan hal kebajikan golongan itu termasuk mengajar ilmu agama dan fardu ain.

Beliau berkata, pendekatan itu akan dilaksanakan kerana terdapat 93 permohonan golongan mualaf yang mahu keluar daripada Islam.“Mereka ini masuk Islam disebabkan mahu mendapatkan duit dan kita tidak mahu faktor ini menjadi punca masalah murtad.

“Kita mahu jawatankuasa ini membimbing mereka dengan cara yang terbaik selepas memeluk Islam,” katanya pada majlis berkaitan pengurusan masjid peringkat kebangsaan di sini, semalam.Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Zaki Arshad berkata, pihaknya dalam usaha menjadikan masjid di negeri ini sebagai ‘universiti terbuka’ bagi memudahkan masyarakat mendapat kefahaman berkenaan agama.

Beliau berkata, Jais akan meneliti beberapa modul terbaik untuk dijadikan bahan kepada masjid yang terpilih di negeri itu bagi menjalankan kuliah dan program.

Katanya, program itu dilihat akan memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada orang ramai, di samping dapat mengimarahkan masjid sebagai institusi pendidikan agama,” ujarnya dipetik Selangor Kini.

Jumaat, 8 November 2013

Menghadiri Majlis Ilmu

KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya tetapi tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifarahkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

Kelebihan Menuntut Ilmu

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
    1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
    2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
    3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
    4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

 

 

Adab Menuntut Ilmu Agama

Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78
Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana: Maksud surah Muhammad, ayat 7
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
[al-Anfal, ayat 29]
Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.
Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:
  1. Ikhlas dalam menuntut ilmu.
  2. Positif dan Yakin kepada diri sendiri
  3. Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.
  4. Tidak mengenal titik noktah.
  5. Mengamalkan ilmu.
  6. Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.
  7. Berdoa Kepada Allah.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.

Isnin, 4 November 2013

Doa Awal dan Akhir Tahun

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.
Abu Umair,

Ahad, 13 Oktober 2013

Wukuf di Arafah bermula

MAKKAH - Lembah Mina bergema dengan talbiah Labbaik Allahumma labbaik (Aku sahut panggilan-Mu, ya ALLAH, ku sahut panggilan-Mu) selepas jutaan jemaah haji bermalam di Mina sebelum meneruskan perjalanan sejauh 14 kilometer (km) ke Arafah untuk wukuf pada hari ini. Wukuf di padang Arafah adalah untuk memperingati peristiwa Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga kerana mengingkari larangan ALLAH selepas terpedaya dengan tipu daya iblis.

Selepas selesai melaksanakan rukun haji kedua itu, jemaah bergerak meninggalkan Arafah untuk bermalam di Muzdalifah, disusuli melontar tiga jamrah di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.Jemaah kemudiannya, kembali semula ke Tanah Suci untuk melakukan tawaf dan saei.

Pada tahun ini, kebanyakan jemaah hanya berjalan kaki menuju ke Mina terletak kira-kira 7 km dari Makkah kerana kesesakan teruk di sekitar Jalan Raja Abdul Aziz, berhampiran Masjidil Haram.Pihak berkuasa memaklumkan, musim haji kali ini disertai kira-kira 2 juta jemaah berbanding 3.2 juta pada tahun lalu.

Difahamkan menurut laporan dipetik dari Saudi Gazette, penurunan jumlah jemaah itu disebabkan kerja pembesaran Masjidil Haram dan penularan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Saudi yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Isnin, 9 September 2013

Jari Telunjuk Masa Tahhiyat

Sejak dahulu lagi, para ulama telah berbeza pendapat mengenai ketika/waktu mengangkat jari telunjuk dan samada digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk ketika bacaan tasyahhud/tahiyyat semasa solat.

Pendapat-pendapat yang masyhur ialah:
1. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.
2. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud serta digerak-gerakkan.
3. Mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah, di tengah bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.

Majoriti umat Islam di Malaysia yang bermazhab Syafi'i akan mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah semasa bacaan tasyahhud dan tidak digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk tersebut.

Imam an-Nawawi, seoarang ulama mazhab Syafi’iyah, mengatakan : “Dan mengangkat telunjuknya pada saat mengucapkan إلاالله (“illallah”) dan tidak menggerakkannya”. ( An-Nawawi, Minhaj al-“al-Thalibin, dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah, Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Indonesia. Juz.I, Hal. 164)

Imam an-Nawawi menyatakan bahawa beliau berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau mentohmah di antara satu sama lain.

Wallahu 'alam.

Batas-batas Tanah Haram

Batasan- batasan di tanah Haram Makkah

Soalan:
Apakah sebenarnya istilah tanah haram Makkah dan sampai manakah batas-batasnya? Adakah kawasan ‘Arafah, Mudzdalifah dan Mina termasuk dalam tanah haram?

Jawapan:

الحمد لله حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيدة ، يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك وعظيم سلطانك ، اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا محمد صلاة تحيينا بها حياة طيبة ترضاها وتجعلنا بها هداة مهديين غير ضآلين ولا مضلين ، وبعد

Istilah Tanah Haram Makkah
Tanah haram Makkah ialah suatu kawasan yang aman kerana di dalamnya ada hal-hal yang tidak dibenarkan kita melakukannya dan juga ada beberapa hukum yang membezakannya dengan kawasan-kawasan yang lain kerana kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

إن هذا البلد حرمه الله يوم خلق السموات والأرض فهو حرام يحرمه الله تعالى إلى يوم القيامة وإنه لم يحل القتال فيه لأحد قبلي ولم يحل لي إلا ساعة من نهار فهو حرام بحرمة الله تعالى إلى يوم القيامة لا يعضد شوكه ولا ينفر صيده ولا يلتقط لقطته إلا من عرفها ولا يختلى خلاة فقال العباس يا رسول الله إلا الإذخر فإنه لقينهم وبيوتهم ، فقال صلى الله عليه وسلم إلا الإذخر
(رواه مسلم)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengharamkan negeri ini semenjak Dia menciptakan langit dan bumi. Negeri ini diharamkan oleh Allah sampai Hari Kiamat kelak. Sebelumku, sesiapun tidak dihalalkan berperang di negeri ini. Bahkan aku sendiri juga tidak dihalalkan melakukan hal yang sama kecuali sesaat di siang hari. Negeri ini diharamkan oleh Allah sampai Hari Kiamat nanti. Pohonnya yang berduri tak boleh ditebang, haiwan buruannya tidak boleh dibunuh, dan barang cicirannya tidak boleh dikutip melainkan oleh orang yang mahu mengumumkan saja, dan rerumputannya tidak boleh dicabut atau dipotong. Al-‘Abbas berkata: “Kecuali rumput lalang, wahai Rasulullah, kerana ia sangat bermanfaat bagi manusia”, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya kecuali rumput al-izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya).”
(Hadits riwayat Muslim)
Antara hukum-hukum penting yang khusus dengan tanah haram Makkah dan tiada kaitan dengan tanah halal atau kawasan lain ialah:
1. Mengikut pendapat ulama Syafi’e bahawa sunat bagi seseorang yang memasuki kawasan ini (haram Makkah) dengan berniat ihram.

2. Binatang buruan di kawasan ini adalah haram diburu, sama ada oleh mereka yang berihram atau yang tidak berihram, kecuali binatang berkenaan merupakan binatang yang membahayakan dan biasanya akan menyerang manusia. Jika buruan dibunuh maka wajib dibayar gantinya.


3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuhan sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dalam kawasan tanah haram ini adalah haram dipotong. Contohnya pokok shis, duri dan ‘ausaj. Hukum ini dikecualikan jika tindakan tersebut perlu, umpamanya memotong pokok izkhir. Menurut pendapat jumhur jika tumbuhan tersebut dipotong maka wajib dibayar gantinya.

4. Tanah serta anak batu dari kawasan tanah haram adalah makruh dibawa keluar dari tanah haram.


5. Mengikut pendapat jumhur ulama, orang kafir adalah tidak dibenarkan untuk memasuki tanah haram sama ada untuk menetap ataupun hanya untuk lalu sahaja.

6. Sesuatu yang tercicir dan tidak diketahui tuannya di Makkah atau tanah haram adalah haram diambil untuk dimiliki. Ia hanya halal untuk diambil oleh orang yang mahu memaklumkan tentang siapa yang kehilangan barang itu sahaja.


7. Mereka yang melakukan pembunuhan yang bukan atas tuntutan syara’ di tanah haram (bukan kerana hak), akan dikenakan hukuman diyat yang lebih berat.

8. Haram mengkebumikan orang musyrik dalam tanah haram dan juga menggali kuburnya.


9. Penyembelihan dam dan denda dalam ibadat haji serta penyembelihan binatang hadyu adalah ditentukan tempatnya di kawasan tanah haram.

10. Sekiranya seseorang itu merupakan penduduk tanah haram dan mengerjakan haji secara Qiran atau Tamattu’ maka dia tidak wajib membayar dam.


11. Mengikut pendapat dalam mazhab Syafi’e sembahyang sunat muthlaq iaitu sembahyang yang tidak bersebab tidak menjadi makruh jika dilakukan di tanah haram pada bila-bila masa sahaja.
12. Seorang yang bernazar untuk ke sana maka dia wajib menunaikannya sama ada dengan cara haji ataupun umrah.

13. Apabila seseorang itu bernazar untuk menyembelih binatang sahaja di Makkah maka dia wajib melakukan seperti nazarnya itu.

Batas-batas atau sempadan tanah haram Makkah ialah:

1. Dari arah Madinah ialah sejauh kira-kira 3 batu atau 4.5 kilometer. Sempadan ini terletak di kawasan Bani Nifar ataupun as-Syuqya. Pada masa ini tempat tersebut dikenali dengan nama Masjid A’isyah.

2. Dari arah Yaman pula ialah sejauh kira-kira 7 batu atau 10.5 kilometer, iaitu di sebelah kawasan Ada’at Libnin dalam kawasan Tsaniyah Libnin.


3. Dari arah Iraq pula ia terletak sejauh kira-kira 7 batu atau 10.5 kilometer dari Makkah berhampiran dengan bukit di al-Muqatar ataupun al-Muqta’.

4. Dari arah Tha’if dan dari pertengahan Lembah Namirah yang terletak di pertengahan jalan ke ‘Arafah adalah terletak sejauh kira-kira 7 batu atau 10.5 kilometer dari Makkah, bersebelahan dengan ‘Arafah.


5. Dari jalan arah Ji’ranah adalah terletak sejauh kira-kira 9 batu atau 13.5 kilometer iaitu di Shu’aib al-Abdullah bin Khalid.

6. Dari arah Jeddah pula ialah sejauh kira-kira 10 batu atau 15 kilometer dari Makkah iaitu di Muntaqi’ ‘Ash’ash.


7. Dan dari Bathni ‘Uranah pula adalah sejauh kira-kira 11 batu atau 16.5 kilometer. (lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: 3/2390-2394)

Adapun ‘arafah sebuah bukit yamg tingginya lebih kurang 220 meter dari paras laut dan terletak dalam jarak kira-kira 25 kilometer di Tenggara Makkah. Ia tidak termasuk di dalam kawasan tanah haram. Imam an-Nawawi ada menjelaskan, katanya:

واعلم أن عرفات ليست من الحرام

Ertinya: Dan ketahuilah bahawasanya ‘Arafah itu bukan termasuk di dalam kawasan tanah haram. (Al-Idhah fi Manasik al-Hajj: 147)
Manakala Mina merupakan sebuah kampung yang terletak sejauh kira-kira 7 kilometer dari Makkah dan Muzdalifah pula suatu kawasan yang terletak di antara Mina dan ‘Arafah. Muzdalifah termasuk di dalam lingkungan tanah haram.
Sebenarnya kawasan tanah haram mempunyai tanda dari setiap arah yang telah diletakkan di setiap penjuru-penjurunya. Al-Azraqiy dan lain-lain telah menyatakan bahawa tanda-tanda atau perbatasan-perbatasan tanah haram itu telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ‘Alahissalam dan yang menunjukkan tempatnya ialah malaikat Jibril ‘Alaihissalam. Kemudiannya tanda-tanda itu telah diperbaharui dengan arahan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam dan selepas itu arahan Sayyidina Umar, Utsman dan Muawiyah. Pada masa sekarang tanda-tanda tersebut begitu terang dan jelas sekali. (Lihat Fiqh al-Islami wa Adillatuh: 3/2381)

Kelebihan Tanah Haram Mekah

Ibnu `Abbas RA berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, " Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?" Baginda menjawabnya dengan bersabda: "Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan." (HR. al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

Majlis Pengajian Ilmu

Minggu pertama dan ketiga
1. Ustaz Taftazzani Atiqullah
2. Ustaz Aminudin Arbe

Minggu kedua, ketiga dan keempat
1. Ustaz Suparman Sadiqan
2. Ustaz Asri Nordin

Minggu ketiga (kuliah Subuh)
1. Ustaz Niswan Jumat

Ahli kariah yang cintakan ilmu dipersilakan hadir.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Tanda2 Lailatul Qadar

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

Ahad, 21 Julai 2013

Diskusi Khas Muslimat

SHAH ALAM 21 JULAI : Program Diskusi Khas Muslimat sempena Ramadan peringkat negeri akan diperluaskan lagi ke surau-surau di kawasan perumahan pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan sejak ia dilancarkan dua tahun lalu.
Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail berkata selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberdayakan wanita, program wanita dan agama seperti ini perlu diperluaskan lagi.
Katanya, ia bertujuan untuk menyemarakkan kehadiran bulan Ramadan menerusi penyampaian ilmu Quran dan Sunnah bagi diaplikasikan dalam kehidupan.
“Sambutan program ini tidak kurang dari 350 orang yang hadir. Seperti di Masjid Negeri ini, seramai 1,500 wanita hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program terbabit di Masjid Negeri, di sini.
diskusi muslimat rodziah 20 ju 04Beliau berkata tahun ini, sembilan masjid di sembilan daerah akan melaksanakan program tersebut dengan gabungan program-program lain antaranya wanita dan kebajikan, wanita dan keselamatan, wanita dan kesihatan.
Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 khas untuk program wanita dan agama tahun ini.
“Kali ini, kita juga mencetak buku-buku ilmiah untuk diedarkan kepada peserta. Kerajaan Negeri melihat, kita perlu mengadakan program wanita bukan sahaja kebajikan tetapi juga perihal agama untuk menangani isu wanita.
“Kita jadikannya sebagai program tahunan. Kita memilih masjid-masjid yang kurang imarahnya untuk diadakan program ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau mahu wanita-wanita hadir untuk mendengar dan memahami pengisian yang disampaikan oleh penceramah bukannya hadir hanya disebabkan siapa penceramah yang dijemput tetapi tajuk yang akan disampaikan.
diskusi muslimat rodziah 20 ju 03
Program yang diberi nama ‘Meneladani Keunggulan Tokoh Wanita Islam’ itu antara lain meliputi sesi solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus, penyampaian ceramah dan tayangan video Informasi Rakyat.
Ia bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) .
Antara barisan penceramah itu, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustazah Zawiyah Hassan.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jais, Zaki Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jais, Mazlan Abdullah dan Adun Seri Serdang, Nurhanim Ismail.

Ahad, 14 Julai 2013

Lebih banyak Surau bertaraf Masjid

SHAH ALAM 14 JULAI : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak lagi surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk Islam menunaikan Solat Jumaat.Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat menampung kira-kira tiga juta penduduk Islam Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat dalam keadaan selesa.
Katanya, masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam yang besar sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam keadaan kurang selesa.“Rakyat yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang dengan lelakinya adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya perlu menampung lebih 1,800 orang.“Jika sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor akan membina masjid bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.
“Maka jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh dinaiktarafnya menjadi masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha itu bagi memudahkan masyarakat,” kata beliau.Beliau berkata demikian semasa Perasmian Program “Kariah Ramadhan Perdana” di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 di sini.Karnival ibadah besar-besaran “Kariah Ramadhan Perdana” dianjurkan Kerajaan Selangor dari 11 Julai hingga ke 5 Ogos dengan tema “My Best Ramadhan”.
Karnival itu yang diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam itu bermula dengan Majlis Tazkirah Ramadhan pada jam 6.00 petang.Turut diadakan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Hafiz dan bilal khas dan beberapa orang Imam daripada Syria.Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.
Setiap hujung minggu pula akan diisi dengan Program Gamitan Syahdu Ramadhan yang memaparkan zikir munajat, selawat dan kuliah perdana oleh penceramah terkenal.Turut diadakan Bazar Ramadhan Mega anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam yang juga menyediakan jualan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pembaharuan di Masjidil Haram 1434





Ahad, 30 Jun 2013

Maahad Tahfiz Sains

SHAH ALAM 30 JUN : Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.
Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
“Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.“Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.
“Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya.Dalam majlis semalam, sebanyak RM 2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.Sebanyak 394 majid menerima RM 1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM 1,250 dan 1,883 surau lain menerima
RM 1,000.

Sabtu, 29 Jun 2013

Masjid Dhirar

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemUdharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah9: 107)
Sebab turun ayat (asbabun nuzul) ini adalah pemberitahuan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa orang munafik membina masjid dengan niat menghancurkan Islam.

Ibnu Mardawaih rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Ishaq rahimahullah yang berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu. Dia mendengar Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu (dia termasuk yang ikut baiat kepada Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam pada hari Hudaibiyah) berkata,

"Telah datang orang-orang yang membina masjid dhirar kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, pada saat beliau bersiap-siap akan berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit maHupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat dingin dan hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid tersebut.

"Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab," Aku sekarang maHu berangkat membuat perjalanan, insya Allah Azza wa Jalla setelah kembali nanti aku akan melawat kalian dan solat di masjid kalian. "Kemudian dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berehat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah kira-kira setengah hari perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang masjid tersebut yang mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk kekafiran. "Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah Ilmiyyah, syamilah

Kaum munafik membina dengan niat yang buruk

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Masjid Dhirar dibina dengan niat yang buruk.  Mereka adalah orang munafik dan tujuan mereka adalah:

1. Menyaingi dan membahayakan masjid Quba, oleh kerana itu dinamakan Masjid dhirar (ertinya: membahayakan, dan masjid ini dibina hampir bersamaan dengan masjid yang pertama kali iaitu masjid Quba, pent).

2. Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran / pengingkaran kerana yang membinanya adalah orang munafik

3. Memecah belah kaum muslimin

4. Untuk mengintip (kaum muslimin) bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Ada seorang laki-laki fasik pergi ke Syam yang bernama Abu 'Amir (ia selalu memerangi kaum muslimin dan kalah, kemudian ke syam untuk meminta bantuan kepada Raja Rom, pent). Kemudian ia bersurat kedapa kaum munafik (di Madinah) agar mereka membina Masjid, maka kaum munafik membina masjid (Dhirar) atas petunjuk darinya. Mereka berkumpul untuk mewujudkan keinginan mereka untuk membuat makar dan tipu daya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau (mereka beralasan membina masjid untuk orang yang sakit dan orang tua, pent). "Majmu' Fatawa wa Rasail 6/226-227

Perintah agar tidak solat di masjid tersebut dan agar menghancurkannya

Allah Ta'ala berfirman, "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. "(QS. At Taubah: 108)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata, "Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (masjid dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."

Maka keduanya pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api (pelepah kurma) dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkannya.

Pembangunan desa Mengikut Kesesuaian Tempatan

SHAH ALAM 29 JUN : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.
“Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau sebagainya.
“Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung,” Sallehin berkata ketika ditemui di sini.Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sudah ditubuhkan.“Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua Kampung,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaanSelangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.

Ahad, 19 Mei 2013

Kenduri Arwah, Harus

Kenduri arwah hukumnya harus kerana tiada dalil melarang daripada berbuat demikian. Tidak semestinya suatu yang Rasulullah dan sahabat Nabi tidak lakukan kita tidak boleh melakukannya.
Sumber hukum ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Qias, tiada pada sumber hukum suatu yang dinamakan pekara ini tidak datang warid daripada salaf, sehinga Rasulullah meningalkan memperbuat sesuatu tidak dikira semata-mata haram.
Di dalam amalan kenduri arwah ada bersedekah makanan kepada tetamu yang hadir, membaca ayat Al-Quran, brzikir yang mana pahalanya diniatkan untuk simati, maka ini adalah sunat, kerana banyak dalil-dalil yang menyatakan amalan orang hidup boleh menolong orang yang telah mati.
Amalan orang hidup boleh menolong orang mati
Abu Daud dan Bayhaki ada meriwayatkan
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ  من دفن الميت وقف عليه فقال : استغفروا لأخيكم وسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأ ل “.  رواه أبو داود
Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم apabila selesai menanam mayat berhenti di atas kubur maka baginda berkata minta ampun sekalian kamu bagi saudara kamu dan do’akan baginya ketetapan, sesungguhnya dia sekarang ditanya.

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رَجُلا ‏ ‏قَالَ لِلنَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أُمِّي ‏ ‏افْتُلِتَتْ ‏ ‏نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
Dari Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا bahawa sesungguhnya telah datang seorang lelaki pada nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal mendadak sebelum berwasiat, kukira bila dia sempat berbicara mestilah ia akan bersedekah, bolehkah aku bersedekah atas namanya?, Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab : “Boleh” (Sahih Muslim)
Berkata Imam Nawawi rahimahullah didalam Syarah Muslim :
 وفي هذا الحديث أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها وهو كذلك باجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء
“Dan dalam hadis ini (hadis riwayat sahih muslim diatas) menjelaskan bahawa sedekah untuk mayat bermanfaat bagi mayat, dan pahalanya disampaikan pada mayat, demikian pula menurut Ijmak (sepakat) para ulama, dan demikian pula mereka bersepakat atas sampainya do’a”
Maka apabila keluarga si mati menyediakan makanan dengan maksud bersedekah maka hal itu sunat, apalagi bila diniatkan pahala sedekahnya untuk mayat, demikian kebanyakan orang yang kematian kerabat, mereka menjamu tetamu dengan sedekah makanan yang pahalanya untuk si mati, maka hal ini sunat.
Sementara orang ramai yang datang mensedekahkan pahala bacaan Al-Qurann, zikir, dan lainnya bagi si mati kan itu sunat.
عن القرطبي من حديث علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  من مر على المقابر وقرأ قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ، ثم وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات
Qrtubi ada meriwayat hadis dari Sadina Ali, dia berkata telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  “Barang siapa lalu di perkuburan dan membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali kemudian dia menghadiahkan pahala bacaannya kepada sekelian orang yang telah mati nescaya diberikan kepadanya pahala sebanyak mana bilangan orang yang telah mati”.
 قال أحمد بن حنبل  : إذا دخلتم المقابر فاقرءوا الفاتحة والمعوذتين ، وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم ،.
Imam Ahmad berkata apabila kamu berada di perkuburan hendaklah kamu membaca (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق) ((قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الناسِ dan ( قل هو الله أحد) dan kamu jadikan pahalanya bagi ahli demikian perkuburan maka sesunguhnya pahala itu sampai kepada mereka itu.
Berkata Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim:
والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل
Yang mashur pada Mazhab syafie bahawa bachan Al-Quran tidak sampai pahalanya tetapi berkata kebanyakan ulamak syafie “sampai pahala bachan Al-Quran, dan imam Ahmad bin Hambal berkata seperti itu (sampai pahala bachan Al-Quran).
Orang hidup boleh mengantikan puasa orang mati:
Bukhari dan Muslim ada meriwayat hadis:
قال النبي- صلى الله عليه وسلم: “من مات وعليه صيام صام عنه وليه”  يعني قريبه،
Bersabda nabi صلى الله عليه وسلم “sesiapa yang mati dan dia ada meningalkan puasa yang wajib atasnya, maka kaum kerabatnya berpuasa ganti bagi pihaknya”.
Kesudahan:
Mengatakan kenduri arwah amalan jahiliah adalah melampau pada menghukum, serta tidak bercermat pada demikian itu.
Setiap hukum yang hendak dikeluarkan biarlah mengikut kaidah (cara) yang betul bukan agak-agak.
Setiap mazhab ada sumber hukum tersendiri.
Pada amalan yang berbentuk fadilat kita dibolehkan beramal dengan hadis yang dhaif (lemah), begitu juga menurut Mazhab Syafie kita dibenarkan beramal kaul yang dhaif, tetapi pada menghukum atau mengeluar fatwa hendaklah dengan kaul yang muktamad.
Kaul marjuh tidak boleh di amalkan. Kaul marjuh di dalam Mazhab Syafie ialah lawan kaul sahih. والله اعلم .

Sabtu, 2 Mac 2013

Seminar Wanita Masjid

SHAH ALAM 2 MAC : Kerajaan Negeri hari ini melancarkan Seminar Wanita Masjid bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam program masjid dan bagi memupuk kepimpinan di dalam institusi masjid di Selangor.
Bertempat di Masjid Negeri pagi tadi, seminar yang julung-julung kali dianjurkan itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam.
“Ini antara usaha perintis kita untuk memupuk semangat cintakan masjid di kalangan wanita seterusnya menjadikan mereka lebih berminat dan yakin untuk beribadat di masjid.
“Di samping itu, kita juga berharap agar usaha ini dapat menyemai budaya cintakan ilmu dan maklumat di kalangan mereka, seterusnya membina asas kepimpinan wanita yang proaktif di masjid,” ujar Abdul Khalid di hadapan hampir 2, 000 peserta.
Seminar Wanita Masjid Negeri Selangor 02Bagi mencapai segala objektif itu, tambahnya, Kerajaan Negeri juga akan memperlengkapkan setiap masjid di negeri ini dengan perkhidmatan internet ‘wifi’.
“Dengan ini, komunikasi yang lebih interaktif dapat diadakan dengan meluas secara online, yang pastinya memberi banyak manfaat kepada semua,” jelas beliau.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin ternyata gembira dengan sambutan yang diterima hari ini.
“Kita jangkakan hanya sekitar seribu penyertaan tapi ternyata kita terima lebih ramai lagi (peserta).
“Ini adalah satu petanda positif untuk program sebegini,” jelas beliau.
Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut serta Timbalan Exco Hal Ehwal Islam, Dr. Abdul Rani Othman.

Selasa, 8 Januari 2013

Nasihat Saidina Ali

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali karramallahu wajhah sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1.Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.

9.Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangkan ilmu menjaga kamu.

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12.Mengajar adalah belajar.

13.Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.

14.Insan terbahagi kepada 3 :
1.mereka yang mengenal Allah.
2.mereka yang mencari kebenaran.
3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa.

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah
suatu kehambaan.

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2.

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.


Wallahu 'alam.