SHAH ALAM 29 JUN : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi
tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan
kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan
Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.
“Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran
yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau
sebagainya.
“Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri
yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang
dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung,”
Sallehin berkata ketika ditemui di sini.Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang
diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail sudah ditubuhkan.“Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat
atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam
peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua
Kampung,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan
di Masjid Negeri, di sini.Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang
lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala
Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaanSelangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti
jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi
membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan