Selasa, 27 Mac 2012

Solat di Masjid

Nabi saw. bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Rasul saw telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika isterimu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid di malam hari, hendaklah kamu izinkan." (Sahih Bukhari)

Nabi saw. bersabda,"Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi solat) di Masjid." (HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang akan diperolehnya pada hari kiamat.” (HR. Abu Daud)

Rasul saw. telah bersabda,“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah)

Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid.

Mesyuarat Agung Pemilihan 2012

Tarikh : 20/04/2012
Hari : Jumaat malam Sabtu
Ada kuliah Maghrib sebelum Isya.
Masa : 9.15 malam
Jamuan di sediakan. Semua ahli kariah dijemput hadir.

Isnin, 26 Mac 2012

Mesyuarat Khas AJK Masjid

Masjid Parit 4
Tarikh : 27/3/2012
Hari : Selasa malam Rabu
Masa : Lepas solat Isya
Tempat : Bilik mesyuarat Masjid

Semua AJK dan pegawai masjid dijemput hadir.

Rabu, 21 Mac 2012

Mata menangis mengenangkan Dosa

Rasulullah saw bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi)

Mati Tanpa Dosa

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.

Tidur Adalah Ibadah

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Jangan Tidur Meniarap

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Mesyuarat Agung Pemilihan

Mesyuarat Agung Pemilihan AJK Masjid sesi 2013-2015 insyaallah akan diadakan pada bulan April 2012, tarikh mesyuarat akan di maklumkan kemudian dan insyaallah mesyuarat khas AJK masjid akan diadakan dalam masa terdekat. AJK yang sedia akan tamat tarikh tauliah pada 30/5/2012.