Isnin, 22 November 2010

Hujan rahmat melanda Makkah

MINA, ARAB SAUDI 19 Nov - Walaupun hujan tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin.

Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.

“Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami diterima. Ini adalah rahmat,” kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung, manakala dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.

Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.

Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup. Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu. Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.

Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.

Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.

Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. – Agensi

Mengimarahkan masjid bagi melahirkan masyarat madani

SHAH ALAM, 19, Nov – Tamadun madani mengangkat pembangunan rohani sama pentingnya dengan kemajuan material dan intelek bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dan berdaya menghadapi cabaran zaman.

Namun menyukat pembanguan rohani di satu-satu kawasan menuntut lebih daripada sekadar jumlah atau nilai astetik masjid.

Bagi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, apa yang lebih utama adalah imarah, dan memeriahkan fungsi masjid sebagai nadi masyarakat.

Tan Sri Khalid menyampaikan mesej itu ditaklimat pembinaan Masjid Baru Pekan Jeram, di Kuala Selangor hari ini.

Turut hadir di program ini adalah Pegawai Daerah Kuala Selangor, Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Selangor, ketua-ketua kampung dan pihak pengurusan Masjid Jeram, rumah ibadah yang dikatakan telah menjangkau usia 100 tahun.

Projek Astana Sdn Bhd ini dijangka siap dalam masa 65 minggu sahaja, mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) pada kos yang amat berpatutan.

“Saya datang ke majlis ini untuk dirikan masjid, lagipun saya berasal dari kampung ini, jadi ini satu tugas yang istimewa bagi saya,” katanya.

Di taklimat ini, Tan Sri Khalid menyampaikan visi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mengangkat peranan masjid lebih daripada sekadar pusat ibadah dan ritual agama semata-mata.

Kemampuan saling hubung antara masjid di Selangor mahu dipertingkatkan lagi, seiring dengan mewujudkan lebih banyak program berteraskan pemberdayaan kemahiran dan keusahawanan.

“Saya mengingatkan nazir dan jawatankuasa masjid, marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid supaya masjid kita menjadi pusat masyarakat,” katanya.

Tegasnya, kemajuan masjid adalah seiring dengan pembangunan masyarakat. Lebih daripada itu, agenda ini juga didukung oleh program pembangunan kualiti sekolah-sekolah agama rakyat.

“Kita telah rancangkan untuk memperbetulkan pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SRA) di Selangor, sebab saya lihat sesetengah Sekolah Agama Rakyat bukan macam sekolah, kerusi meja pun sesetengahnya tidak ada,” katanya.

Khamis, 18 November 2010

Sekitar Ibadah Qurban 1431

Notis Mesyuarat Agung 2010

Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agung Tahunan Masjid akan diadakan pada masa dan ketetapan seperti berikut :
Hari : Jumaat
Tarikh : 10 Dicember 2010
Masa : 2.30 petang ( selepas solat jumaat )
Tempat : Dewaan Sembahyang.
Semua ahli kariah dijemput hadir, insyaallah.