Selasa, 24 April 2012

Adad Terhadap Ibubapa

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)

Rendahkan Diri

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar.

Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)

Orang Yang Muflis

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dahulunya waktu di dunia dia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)

Rahmat Allah

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. ” (Riwayat Muslim)

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.” (Surah Ali Imran 3; Ayat, 132)
"..bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". (Al-Hujuraat: 10)

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” (Surah al-A’raf: 5)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (A-li 'Imraan: 8)

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu'minun: 118)

Bercakap Ketika Khutbah

Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)" [HR al-Bukhari #892, Muslim 851].

Nabi s.a.w.: "Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).

Menurut mazhab imam l-Syafi’I, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan TIDAK MENDAPAT PAHALA tetapi solat Jumaat tetap sah.

Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap `yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.

Meng"amin"kan do'a Imam ketika khutbah kedua pada hari Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan. Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, "Sesungguhnya apa yang syara'kan adalah agar seseorang itu adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].

Luruskan Saf

Nabi saw. bersabda,"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf) dan janganlah kamu biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Sesiapa menghubungkan saf maka Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya dan sesiapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskan dia daripada rahmat dan pertolonganNya". (HR Abu Daud)

Amalan Lepas Solat

Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

Mesyuarat Agung Pencalunan 1433

Syukur alhamdulillah, puji dah syukur ke kahadrat Allah SWT, dengan izinnya, mesyuarat agung khas pencalunan pegawai dan AJK Masjid Parit 4 pada 20 April 2012 yang lalu berjalan dengan baik dan dengan semangat kekeluargaan. Kehadiran agak ramai berbanding masa lalu. majlis bermula sejak awal Maghrib dengan solat berjamaah, kemudian diikuti dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Taftarani Atiqullah dari Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang. kemudiannya solat Isya', jamuan dan selepas itu barulah mesyuarat agung pencalunan dimulakan, sekitar jam 9.30 malam. Majlis turut dihadiri oleh ustaz Ibnu Sina bin Juaini, selaku Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Sabak Bernam yang baru. Mesyuarat dipengerusikan oleh tuan Nazir, dimulai dengan bacaan doa oleh tuan Imam Ustaz Mohd Salleh bin Basar. Seramai 25 orang telah dicalunkan untuk sesi 2012-2015. Berikut senarai nama yang dicalunkan.





Isnin, 16 April 2012

Mesyuarat Agung Khas 2012

Tarikh : 20/4/2012
Hari : Jumaat malam Sabtu
Masa : 9.15 malam

Tentatif majlis
7.25 : Solat Maghrib
        : Kuliah Maghrib ( Ust Taftarani Atiqullah )
8.33 : Solat Isya'
        : Jamuan
9.15 : Mesyuarat Agung Khas

Muslimin muslimat, ahli kariah dijemput hadir, insyaallah.