Khamis, 28 Januari 2010

Kutuk Serangan Masjid

SHAH ALAM,28 Jan -Pemimpin muda gerakan belia Asean dari parikatan parti-parti utama Malaysia dan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas masjid di Petaling Jaya semalam.

Dalam apa yang dipanggil Konsensus Manila, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, Golkar, Gerindra dan Partai Bulan Bintang berkata serangan ini adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak yang mahu mencetuskan ketegangan agama.

Sejak tiga minggu lalu, imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam tercemar dengan siri-siri serangan ke atas rumah ibadat.

Konsensus Manila berkata kejadian seperti ini adalah tindakan ekstremis yang menuntut kepada respon tegas dan pantas dari pihak berkuasa dan masyarakat umumnya.

“Gerakan-gerakan muda Malaysia memang mengutuk terhadap kes yang melibatkan kepala babi itulah,termasuk bakar gereja dan sebagainya termasuk bakar surau.” kata Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa.