SHAH ALAM 14 JULAI : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak
lagi surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk
Islam menunaikan Solat Jumaat.Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa,
Sallehen Mukhyi berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat
menampung kira-kira tiga juta penduduk Islam Selangor untuk menunaikan
Solat Jumaat dalam keadaan selesa.
Katanya, masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam
yang besar sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam
keadaan kurang selesa.“Rakyat yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang
dengan lelakinya adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya
perlu menampung lebih 1,800 orang.“Jika sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor
akan membina masjid bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.
“Maka jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh
dinaiktarafnya menjadi masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha
itu bagi memudahkan masyarakat,” kata beliau.Beliau berkata demikian semasa Perasmian Program “Kariah Ramadhan
Perdana” di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 di sini.Karnival ibadah besar-besaran “Kariah Ramadhan Perdana” dianjurkan
Kerajaan Selangor dari 11 Julai hingga ke 5 Ogos dengan tema “My Best
Ramadhan”.
Karnival itu yang diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen
13 Shah Alam itu bermula dengan Majlis Tazkirah Ramadhan pada jam 6.00
petang.Turut diadakan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan
diimamkan oleh Imam Hafiz dan bilal khas dan beberapa orang Imam
daripada Syria.Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.
Setiap hujung minggu pula akan diisi dengan Program Gamitan Syahdu
Ramadhan yang memaparkan zikir munajat, selawat dan kuliah perdana oleh
penceramah terkenal.Turut diadakan Bazar Ramadhan Mega anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam
yang juga menyediakan jualan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan