Khamis, 5 Februari 2015

Aurat, antara kebebasan dan Maruah Diri

Umat Islam wajib mengetahui batasan aurat antara lelaki dan wanita. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.  Penjelasan yang panjang telah diberikan oleh Allah SWT dalam surah 
an-Nur ayat 31 yang bermaksud: 

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
Umat Islam wajib mengetahui batasan aurat antara lelaki dan wanita. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. 

Penjelasan yang panjang telah diberikan oleh Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: 

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Pengajian Ust Taftazzani

Insyaalllah pengajian ustaz Taftazzani Atikullah akan dismbung semula malam ini, semua ahli kariah dijemput hadir kerana sesungguhnya banyak kelebihan orang orang yang menghadiri majlis ilmu,Pengajian akan diadakan selepas solat Maghrib dan berakhir sejurus waktu Isya.

Selasa, 15 Julai 2014

Kelebihan Solat Tarawih

Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim) 
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam  beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)

Ziarah Kubur

Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)
"Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)
"Aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat". (HR Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (HR Muslim).
Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah), Nabi sallallahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila menziarahi perkuburan hendaklah ucapkan : "Salam sejahtera wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusuli kamu semua, kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". (HR Muslim)
Wallahu a'lam.

Marhaban ya Ramadhan

Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".
Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.
Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.
Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (HR. Ahmad)
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR. Muslim)
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR. Bukhari)
"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (HR. Ibn Hibban)
Diceritakan dari Salman RadiyaLlahu 'anhu, dia berkata : Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda bersabda : "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadhan yang penuh berkah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah. Sesiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadhan. Barangsiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadhan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya. Mereka bertanya : "Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain ? Maka RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk minuman air putih atau sepotong susu kering. Dan adalah Bulan Ramadhan awwalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka. Sesiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di Bulan Ramadhan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah : Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepada-Nya. Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah : Kamu minta syurga kepada-Nya dan minta perlindungan dari api neraka. Dan sesiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga ".  (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan diriwayatkan dari jalan al Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam at Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572))



Isnin, 30 Jun 2014

Sembahyang Malam

Qiamullail ialah solat malam yang dinamakan tahajud jika dilakukan selepas tidur. Ini kerana perkataan tahajud bererti meninggalkan tidur.
Qiamullail adalah solat sunat yang tidak ditentukan bilangan rakaatnya dan dilakukan selepas terjaga daripada tidur sebelum azan subuh.
Hukum solat tahajud
Semua ulama sepakat menetapkan solat qiamullail atau tahajud hukumnya sunat muakkad. Walaupun begitu para ulama dan golongan soleh menitikberatkan dan tidak meninggalkannya kerena kelebihan dan fadilatnya teramat banyak.
Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)
Fadilat solat tahajud
Terdapat banyak dalil dan nas di mana Islam menggalakkan umatnya melakukan ibadat qiamullail. Ibadat ini sepatutnya menjadi amalan setiap individu Muslim apatah lagi jika beliau merupakan seorang ulama atau daie (pendakwah). Antara dalilnya ialah:
* Firman Allah SWT dalam Surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud: …dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.
Para ulama mengatakan pengertian ibadah sunat (tambahan) pada ayat, ada dua pengertian:
Pertama : Bahawa ini hanya diperuntukkan dan diwajibkan kepada Rasulullah SAW. Sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dengan sanad daif dia berkata: Abdullah bin Abbas berkata: “Qiamullail diwajibkan kepada Rasulullah SAW, sementara bagi kita itu hanya berupa ibadah sunat”.
Qiamullail atau tahajud
Jadi, makna nafilah ialah solat tahajud iaitu tambahan kewajipan bagi solat lima waktu khususnya pada diri Rasulullah SAW. Oleh itu, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan qiamullail sama ada dalam keadaan bermukim di Madinah mahupun ketika musafir, hingga baginda wafat.
Kedua : Nafilah bererti tambahan kebaikan bagi diri Rasulullah SAW. Sedangkan selain baginda, qiamullail itu bukan berupa tambahan kebaikan. Sebaliknya qiamullail bagi kita (selain Rasulullah SAW) adalah penebus dosa kejahatan-kejahatan kita.
Ini kerana kita terdiri daripada jiwa yang berdosa dan banyak melakukan kesalahan, kejahatan dan kemaksiatan. Sedangkan Rasulullah SAW semua dosa dan kesalahannya, sama ada yang dahulu mahupun yang akan datang telah diampunkan oleh Allah SWT.
Maka qiamullail hanyalah berupa tambahan kebaikan sahaja baginya, sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Fath ayat 2 yang bermaksud: kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada-Mu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzammil ayat 1-3 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.
Antara cara untuk memudahkan bangun di waktu malam adalah:
Ibn Qudamah menyebut dalam kitabnya Mukhtasar Minhaj al-Qasidin: Ketahuilah qiamullail amat sukar untuk dilaksanakan kecuali siapa yang diberi taufik dengan syarat-syarat yang memudahkannya. Terdapat dua syarat iaitu zahir dan batin.
Antara sebab-sebab zahir:
* Tidak makan terlalu banyak. Justeru mereka berkata: “Hai golongan sufi, jangan makan banyak, nescaya kamu minum banyak, kamu tidur banyak dan sesal banyak”.
* Jangan berpenat pada siang hari dengan kerja-kerja yang membebankan.
* Jangan meninggalkan tidur qailullah (tidur sekejap) pada siang hari kerana ia menolong untuk bangkit pada malam hari.
Antara sebab-sebab batin pula ialah:
* Menjauhkan dosa. Dengan sebab itu al-Thauri berkata: “Aku dihalang untuk qiamullail selama lima

Kelebihan Sahur

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesungguhnya Allah taala dan para malaikat-Nya mengirimkan rahmat ke atas mereka-mereka yang memakan sahur." (Riwayat at-Tabrani)
Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa menyatakannya sebagai Mustahab. Ramai yang terlepas ganjaran yang amat besar ini kerana kemalasannya. Sesetengahnya setelah selesai Solat Terawih, terus bersahur dan terus pergi tidur. Betapa rugi besarnya rahmat yang telah mereka rugikan. Waktu sahur yang terbaiknya adalah 2 jam sebelum masuk waktu Subuh. Perlu diingatkan bahawa bersahur pada waktu yang paling lewat adalah lebih besar lagi pahalanya daripada bersahur pada awal waktu.
Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Perbezaan di antara puasa kita dengan (puasa) ahli-ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) adalah terletak di atas makanan yang dimakan ketika bersahur. Mereka tidak bersahur."
Abdullah bin Harith radhiallahu 'anhu telah meriwayatkan bahawa salah seorang daripada para sahabat telah bertanya: "Sekali aku menziarahi Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pada masa Baginda sibuk dengan memakan sahur. Kemudian Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Inilah perkara (bersahur) yang penuh dengan keberkatan di mana Allah telah mengurniakannya ke atasmu. Janganlah tinggalkannya."
Hari ini dah masuk hari yang ke-13, jadi dengan baki hari yang masih ada, janganlah kita lepaskan peluang keberkatan yang Allah kurniakan ini kepada kita. Allah....