Selasa, 15 Julai 2014

Kelebihan Solat Tarawih

Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim) 
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam  beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan