Selasa, 15 Julai 2014

Ziarah Kubur

Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)
"Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)
"Aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat". (HR Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (HR Muslim).
Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah), Nabi sallallahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila menziarahi perkuburan hendaklah ucapkan : "Salam sejahtera wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusuli kamu semua, kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". (HR Muslim)
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan