Puasa di Bulan Syaaban
Aisyah
r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat
melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dari
Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah!
Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding
bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda
bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya
antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada
Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat
ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)
Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.
Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu
Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik
dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan