Dari Abi Umamah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Apabila
seseorang muslim berwuduk maka akan gugur dosa-dosanya dari
pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya.
Apabila dia duduk menanti solat, dia duduk dalam keampunan". (HR Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu ?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, langkah-lankah kaki kamu untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dengan cahaya di wajah, di tangan dan di kaki kerana bekas wuduk". (HR Bukhari)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan