1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas
makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh
Muslim, 1170/222).
2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).
3.
Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat
cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh
Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh
bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).
4. Udaranya
tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis
soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut
as-Suyuti; hasan).
5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam
itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad;
22765, hasan).
6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada
angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi;
maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut)
(Faidhul Qadier).
7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya
yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang
menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam
Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).
Namun yang penting
pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut.
Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak
mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun
beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah,
tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih
baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja
(tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).
Jumaat, 2 Ogos 2013
Ahad, 21 Julai 2013
Diskusi Khas Muslimat
SHAH ALAM 21 JULAI : Program Diskusi Khas Muslimat sempena Ramadan
peringkat negeri akan diperluaskan lagi ke surau-surau di kawasan
perumahan pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan sejak
ia dilancarkan dua tahun lalu.
Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail berkata selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberdayakan wanita, program wanita dan agama seperti ini perlu diperluaskan lagi.
Katanya, ia bertujuan untuk menyemarakkan kehadiran bulan Ramadan menerusi penyampaian ilmu Quran dan Sunnah bagi diaplikasikan dalam kehidupan.
“Sambutan program ini tidak kurang dari 350 orang yang hadir. Seperti di Masjid Negeri ini, seramai 1,500 wanita hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program terbabit di Masjid Negeri, di sini.
Beliau
berkata tahun ini, sembilan masjid di sembilan daerah akan melaksanakan
program tersebut dengan gabungan program-program lain antaranya wanita
dan kebajikan, wanita dan keselamatan, wanita dan kesihatan.
Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 khas untuk program wanita dan agama tahun ini.
“Kali ini, kita juga mencetak buku-buku ilmiah untuk diedarkan kepada peserta. Kerajaan Negeri melihat, kita perlu mengadakan program wanita bukan sahaja kebajikan tetapi juga perihal agama untuk menangani isu wanita.
“Kita jadikannya sebagai program tahunan. Kita memilih masjid-masjid yang kurang imarahnya untuk diadakan program ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau mahu wanita-wanita hadir untuk mendengar dan memahami pengisian yang disampaikan oleh penceramah bukannya hadir hanya disebabkan siapa penceramah yang dijemput tetapi tajuk yang akan disampaikan.
Program yang diberi nama ‘Meneladani Keunggulan Tokoh Wanita Islam’ itu antara lain meliputi sesi solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus, penyampaian ceramah dan tayangan video Informasi Rakyat.
Ia bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) .
Antara barisan penceramah itu, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustazah Zawiyah Hassan.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jais, Zaki Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jais, Mazlan Abdullah dan Adun Seri Serdang, Nurhanim Ismail.
Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail berkata selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberdayakan wanita, program wanita dan agama seperti ini perlu diperluaskan lagi.
Katanya, ia bertujuan untuk menyemarakkan kehadiran bulan Ramadan menerusi penyampaian ilmu Quran dan Sunnah bagi diaplikasikan dalam kehidupan.
“Sambutan program ini tidak kurang dari 350 orang yang hadir. Seperti di Masjid Negeri ini, seramai 1,500 wanita hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program terbabit di Masjid Negeri, di sini.
Beliau
berkata tahun ini, sembilan masjid di sembilan daerah akan melaksanakan
program tersebut dengan gabungan program-program lain antaranya wanita
dan kebajikan, wanita dan keselamatan, wanita dan kesihatan.Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 khas untuk program wanita dan agama tahun ini.
“Kali ini, kita juga mencetak buku-buku ilmiah untuk diedarkan kepada peserta. Kerajaan Negeri melihat, kita perlu mengadakan program wanita bukan sahaja kebajikan tetapi juga perihal agama untuk menangani isu wanita.
“Kita jadikannya sebagai program tahunan. Kita memilih masjid-masjid yang kurang imarahnya untuk diadakan program ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau mahu wanita-wanita hadir untuk mendengar dan memahami pengisian yang disampaikan oleh penceramah bukannya hadir hanya disebabkan siapa penceramah yang dijemput tetapi tajuk yang akan disampaikan.
Program yang diberi nama ‘Meneladani Keunggulan Tokoh Wanita Islam’ itu antara lain meliputi sesi solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus, penyampaian ceramah dan tayangan video Informasi Rakyat.
Ia bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) .
Antara barisan penceramah itu, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustazah Zawiyah Hassan.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jais, Zaki Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jais, Mazlan Abdullah dan Adun Seri Serdang, Nurhanim Ismail.
Ahad, 14 Julai 2013
Lebih banyak Surau bertaraf Masjid
SHAH ALAM 14 JULAI : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak
lagi surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk
Islam menunaikan Solat Jumaat.Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa,
Sallehen Mukhyi berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat
menampung kira-kira tiga juta penduduk Islam Selangor untuk menunaikan
Solat Jumaat dalam keadaan selesa.
Katanya, masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam
yang besar sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam
keadaan kurang selesa.“Rakyat yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang
dengan lelakinya adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya
perlu menampung lebih 1,800 orang.“Jika sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor
akan membina masjid bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.
“Maka jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh
dinaiktarafnya menjadi masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha
itu bagi memudahkan masyarakat,” kata beliau.Beliau berkata demikian semasa Perasmian Program “Kariah Ramadhan
Perdana” di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 di sini.Karnival ibadah besar-besaran “Kariah Ramadhan Perdana” dianjurkan
Kerajaan Selangor dari 11 Julai hingga ke 5 Ogos dengan tema “My Best
Ramadhan”.
Karnival itu yang diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen
13 Shah Alam itu bermula dengan Majlis Tazkirah Ramadhan pada jam 6.00
petang.Turut diadakan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan
diimamkan oleh Imam Hafiz dan bilal khas dan beberapa orang Imam
daripada Syria.Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.
Setiap hujung minggu pula akan diisi dengan Program Gamitan Syahdu
Ramadhan yang memaparkan zikir munajat, selawat dan kuliah perdana oleh
penceramah terkenal.Turut diadakan Bazar Ramadhan Mega anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam
yang juga menyediakan jualan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ahad, 30 Jun 2013
Maahad Tahfiz Sains
SHAH ALAM 30 JUN : Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di
Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen
Mukhyi.Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad
tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang
juga Adun Sabak.
Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan
negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan
Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad
tersebut.“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
“Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.“Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi
akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan
Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.
“Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000
sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga
empat tahun lagi,” katanya.Dalam majlis semalam, sebanyak RM 2.7 juta diperuntukkan kepada
masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.Sebanyak 394 majid menerima RM 1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM 1,250 dan 1,883 surau lain menerima
RM 1,000.
RM 1,000.
Sabtu, 29 Jun 2013
Masjid Dhirar
"Dan (di antara
orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk
menimbulkan kemUdharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan
memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang
yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka
sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan
Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta
(dalam sumpahnya). (At-Taubah9: 107)
Sebab
turun ayat (asbabun nuzul) ini adalah pemberitahuan kepada Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa orang munafik membina masjid dengan
niat menghancurkan Islam.
Ibnu
Mardawaih rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Ishaq rahimahullah yang
berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi
dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu. Dia mendengar
Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu (dia termasuk yang ikut baiat
kepada Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam pada hari Hudaibiyah)
berkata,
"Telah
datang orang-orang yang membina masjid dhirar kepada Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam, pada saat beliau bersiap-siap akan
berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam, kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit
maHupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat dingin dan
hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid
tersebut.
"Kemudian
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab," Aku sekarang maHu
berangkat membuat perjalanan, insya Allah Azza wa Jalla setelah kembali
nanti aku akan melawat kalian dan solat di masjid kalian. "Kemudian
dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam berehat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah kira-kira setengah hari
perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada
beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang masjid tersebut yang
mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk
kekafiran. "Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah
Ilmiyyah, syamilah
Kaum munafik membina dengan niat yang buruk
Syaikh
Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Masjid Dhirar
dibina dengan niat yang buruk. Mereka adalah orang munafik dan tujuan
mereka adalah:
1.
Menyaingi dan membahayakan masjid Quba, oleh kerana itu dinamakan
Masjid dhirar (ertinya: membahayakan, dan masjid ini dibina hampir
bersamaan dengan masjid yang pertama kali iaitu masjid Quba, pent).
2. Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran / pengingkaran kerana yang membinanya adalah orang munafik
3. Memecah belah kaum muslimin
4.
Untuk mengintip (kaum muslimin) bagi mereka yang memerangi Allah dan
Rasul-Nya. Ada seorang laki-laki fasik pergi ke Syam yang bernama Abu
'Amir (ia selalu memerangi kaum muslimin dan kalah, kemudian ke syam
untuk meminta bantuan kepada Raja Rom, pent). Kemudian ia bersurat
kedapa kaum munafik (di Madinah) agar mereka membina Masjid, maka kaum
munafik membina masjid (Dhirar) atas petunjuk darinya. Mereka berkumpul
untuk mewujudkan keinginan mereka untuk membuat makar dan tipu daya
kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau
(mereka beralasan membina masjid untuk orang yang sakit dan orang tua,
pent). "Majmu' Fatawa wa Rasail 6/226-227
Perintah agar tidak solat di masjid tersebut dan agar menghancurkannya
Allah
Ta'ala berfirman, "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu
selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa
(masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di
dalamnya. "(QS. At Taubah: 108)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Kemudian
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus Malik bin Dukhsyum,
Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata,
"Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (masjid
dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."
Pembangunan desa Mengikut Kesesuaian Tempatan
SHAH ALAM 29 JUN : Perancangan pembangunan luar desa yang menjadi
tumpuan Kerajaan Negeri bagi penggal terbaru akan dibuat berdasarkan
kesesuaian penduduk setempat kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan
Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.
“Industri yang terlibat itu nanti bergantung kepada hasil keluaran
yang sesuai dengan penduduk sama ada pertanian, pembangunan atau
sebagainya.
“Kita akan jalankan serentak dengan program-program Kerajaan Negeri
yang lain. Fokus kita untuk kita membandarkan kampung, jadi apa yang
dirasai oleh orang bandar juga dapat dirasai oleh orang kampung,”
Sallehin berkata ketika ditemui di sini.Beliau berkata setakat ini, satu jawatankuasa seketariat yang
diketuai oleh Pegawai Perhubungan Politik, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail sudah ditubuhkan.“Banyak pihak yang akan terlibat dalam perkara ini daripada peringkat
atas hinggalah akar umbi. Ini termasuk Saifuddin, Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid, saya sendiri serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Jawatankuasa ini sudah mula bergerak. Buat masa ini kita dalam
peringkat untuk memantapkan di peringkat JKKK, pegawai daerah dan Ketua
Kampung,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan
di Masjid Negeri, di sini.Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan akan memberikan tumpuan yang
lebih kepada pembangunan di kawasan desa Selangor seperti Kuala
Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
Langkah itu supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaanSelangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang.Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti
jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi
membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.
Langgan:
Catatan (Atom)






