1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas
makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh
Muslim, 1170/222).
2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).
3.
Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat
cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh
Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh
bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).
4. Udaranya
tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis
soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut
as-Suyuti; hasan).
5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam
itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad;
22765, hasan).
6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada
angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi;
maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut)
(Faidhul Qadier).
7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya
yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang
menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam
Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).
Namun yang penting
pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut.
Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak
mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun
beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah,
tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih
baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja
(tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan