Sejak dahulu lagi, para
ulama telah berbeza pendapat mengenai ketika/waktu mengangkat jari
telunjuk dan samada digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari
telunjuk ketika bacaan tasyahhud/tahiyyat semasa solat.
Pendapat-pendapat yang masyhur ialah:
1. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.
2. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud serta digerak-gerakkan.
3. Mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah, di tengah bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.
Majoriti umat
Islam di Malaysia yang bermazhab Syafi'i akan mengangkat jari telunjuk
ketika membaca kalimah syahadah semasa bacaan tasyahhud dan tidak
digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk tersebut.
Imam an-Nawawi, seoarang ulama mazhab Syafi’iyah, mengatakan : “Dan mengangkat telunjuknya pada saat mengucapkan إلاالله (“illallah”)
dan tidak menggerakkannya”. ( An-Nawawi, Minhaj al-“al-Thalibin,
dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah, Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah,
Indonesia. Juz.I, Hal. 164)
Imam an-Nawawi
menyatakan bahawa beliau berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat
bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau mentohmah di antara
satu sama lain.
Wallahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan