Ibnu Umar r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam telah
bersabda: "Sesungguhnya Allah taala dan para malaikat-Nya mengirimkan
rahmat ke atas mereka-mereka yang memakan sahur." (Riwayat at-Tabrani)
Jumhur
Ulama telah bersepakat bahawa menyatakannya sebagai Mustahab. Ramai
yang terlepas ganjaran yang amat besar ini kerana kemalasannya.
Sesetengahnya setelah selesai Solat Terawih, terus bersahur dan terus
pergi tidur. Betapa rugi besarnya rahmat yang telah mereka rugikan.
Waktu sahur yang terbaiknya adalah 2 jam sebelum masuk waktu Subuh.
Perlu diingatkan bahawa bersahur pada waktu yang paling lewat adalah
lebih besar lagi pahalanya daripada bersahur pada awal waktu.
Rasulullah
Sollallhu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Perbezaan
di antara puasa kita dengan (puasa) ahli-ahli Kitab (Yahudi dan
Kristian) adalah terletak di atas makanan yang dimakan ketika bersahur.
Mereka tidak bersahur."
Abdullah
bin Harith radhiallahu 'anhu telah meriwayatkan bahawa salah seorang
daripada para sahabat telah bertanya: "Sekali aku menziarahi Rasulullah
Sollallhu 'alaihi wasallam pada masa Baginda sibuk dengan memakan sahur.
Kemudian Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Inilah
perkara (bersahur) yang penuh dengan keberkatan di mana Allah telah
mengurniakannya ke atasmu. Janganlah tinggalkannya."
Hari
ini dah masuk hari yang ke-13, jadi dengan baki hari yang masih ada,
janganlah kita lepaskan peluang keberkatan yang Allah kurniakan ini
kepada kita. Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan