Selasa, 1 November 2011

516 Ekor Lembu di Agih Untuk Hari Raya Korban

SHAH ALAM, 1 NOVEMBER : Kerajaan Negeri menyumbangkan 516 ekorlembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat negeri Selangor tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban memberi mesej penting kepada seluruh umat Islam untuk lebih menghayati sifat pengorbanan tinggi bagi mencapai kejayaan yang diredhai.

“Kerajaan negeri percaya, ibadah korban yang bakal dilaksanakan di peringkat daerah merupakan jalan yang membolehkan kita berkongsi rezeki secara bersama dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuklah fakir miskin,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan lembu-lembu korban di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Sumbangan lembu-lembu korban tersebut akan diagihkan kepada masjid-masjid di sembilan daerah serata Selangor termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid UITM, Shah Alam.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyumbangkan lembu-lembu korban tersebut kepada badan-badan bukan kerajaan seperti PERKIM, ABIM, Hidayah Center, Brigade Amal Selangor, PANTAS, Lembaga Perumahan, MAIS serta penduduk asal yang beragama Islam.

“Pihak Kerajaan negeri juga berharap, disebalik penyerahan lembu-lembu bagi ibadah korban ini, amalan ini mampu menimbulkan kesedaran keapda umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyakan majlis idabah korban di kawasan masing-masing,”katanya

Hadir sama, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin dan Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan