Sabtu, 8 Oktober 2011

Kumpulan Pertama Tiba di Mekah

MEKAH, 8 OKTOBER : Kumpulan pertama 441 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah kira-kira jam 1.30 pagi ini (6.30 pagi waktu Malaysia), sembilan hari selepas melaksanakan ibadah ziarah di Madinah.

Ketibaan mereka di Hotel Abraj Al-janadiriah disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Timbalannya Tengku Aziz Raja Abdullah serta pegawai-pegawai dari Muasassah Asia Tenggara lapor Bernama.

Semua 193 jemaah lelaki dan 248 jemaah wanita iaitu kumpulan yang tiba ke Madinah dengan penerbangan pertama pada 29 September lalu, jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan dengan bas selama kira-kira tujuh jam untuk sampai ke sini.

Selepas berehat beberapa jam, mereka dibawa untuk melakukan tawaf dan saie umrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan