Selasa, 24 Mei 2011

Kuliah Maghrib Bersama Hj Nik Mohd Yusof Nik Ismail

Tarikh 21/5/2011, bersamaan hari Sabtu malam Ahad, satu kuliah Maghrib bersama Hj Nik Md Yusof Nik Ismail (Pak Nik) telah diadakan. Ramai ahli kariah bersama jemputan telah hadir, termasuklah Penghulu Mukim Pancang Bedena Tn Hj Anuar Abd Wahid, ketua-ketua Kampung Mukim Pancang Bedena. Pak Nik memulakan kuliahnya dengan usikan ' kita seolah2 berada di masjid Madinah' lantaran kemerduan suara bilal mengalunkan azan Maghrib. Pok Nik mengajak seluruh ahli jamaah manjadikan Islam sebagai paksi utama, bukannya bangsa. Umat yang berjaya ialah yang mengambil Islam secara keseluruhan. Pok Nik banyak mengajak jamaah berfikir tentang hakikat kejadian manusia diciptakan oleh Allah, sebagai khalifah di muka bumi inbmelaksanakan amanah yang diberikan. Di akhir majlis pok Nik berkesempatan untuk memnyampaikan sumbangan kepada beberapa asnab mikin yang dipilih dari beberapa buah kampung sekitar kariah, iaitu Kg Parit 1-2, 3-4,5-6,dan Kg Peket 60. Pak Nik mengharapkan suatu masa nanti, tidak ada lagi penerima zakat di kampung ini, sebaliknya lebih ramai penerima asnab yang bertukar menjadi pembayar zakat, insyaallah.

Gambar akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan