SHAH ALAM, 26 OKT : Solat sunat Aidiladha bersama Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah di sini pagi tadi berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 5,000
orang.
Majlis solat yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim serta Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul
Samad di samping pembesar negeri lain sempena sambutan Aidiladha begitu
dirasai apabila umat Islam keluar beramai-ramai ke masjid tersebut sejak
awal pagi.
Selepas solat dan bacaan khutbah Aidiladha berakhir orang ramai
berbaris panjang untuk bersalaman dengan Sultan Selangor dan Menteri
Besar serta hadirin lain.
Abdul Khalid akan menghadiri solat Jumaat bersama rakyat di majlis
korban di Masjid Kampung Kongo, Cheras tengahari ini manakala
keesokannya beliau akan bersama rakyat dalam majlis korban di Dewan
Harmoni, Ijok pada jam 10 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan