Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal
seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solat,
jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Dan
jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia.
Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman:
“Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat
menampung solat fardunya? ”Demikianlah keadaan semua amal yang lain
dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)
Rasulullah saw. bersabda,
"Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari
akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha
Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia
menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan
solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati
solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah berfirman yang bermaksud:
“Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau ada solat
sunat yang dilakukannya maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat
fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang
lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (HR Abu Daud)