Jumaat, 29 Jun 2012
Ahad, 24 Jun 2012
Pengajian Mingguan Ustaz Aminuddin
Pengajian mingguan ustaz Aminudin bin Arbi'
Tarikh : 25 June 2012
Masa : Isnin malam Selasa
Masa : Lepas solat maghrib.
Kitab : Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Jamuan ringan disediakan.
Muslimin muslimat dijemput hadir.
Tarikh : 25 June 2012
Masa : Isnin malam Selasa
Masa : Lepas solat maghrib.
Kitab : Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
Jamuan ringan disediakan.
Muslimin muslimat dijemput hadir.
Isra' Mikraj 1433
Tarikh : 19 June 2012
Hari : Selasa malam Rabu
Masa : 800 malam
Penceramah : Ustaz Mohd Asri bin Nordin.
Jamuan di sediakan,insyaallah.
Muslimin muslimat dijemput hadir.
Hari : Selasa malam Rabu
Masa : 800 malam
Penceramah : Ustaz Mohd Asri bin Nordin.
Jamuan di sediakan,insyaallah.
Muslimin muslimat dijemput hadir.
Isnin, 28 Mei 2012
60 Guru Tetap di Perlukan
SABAK BERNAM: Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan
negeri meluluskan permohonan kenaikan pangkat guru JAIS Gred DG41 ke
Gred DG44 dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma Gred DGA29 ke Gred DGA32.
Kata Abdul Khalid, dalam tempoh terdekat ini, kerajaan negeri akan mengiklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41.
Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29, katanya.
Tambahnya lagi, sistem pendidikan Islam kelolaan JAIS yang bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam.
Antaranya,
penstrukturan semula dasar dan hala tuju pendidikan Islam dengan
menjadikan Al-Quran sebagai kukikulum teras pendidikan Islam, penambahan
bilangan sekolah agama dan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks kepada
semua murid.
(Khalid menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru cemerlang)
Pada masa ini, JAIS mengurus sebanyak 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 2012 buah Sekolah Rendah Agama, 286 buah KAFA Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan Teknologi.
"Justeru, untuk menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini,” kata Abdul Khalid.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali pula berkata, kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini.
“Setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar," katanya.
Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi, katanya.
Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan, katanya ketika ditemubual media dalam Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam, di sini.
Hadir sama, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.
Iklan Teks
Kata Abdul Khalid, dalam tempoh terdekat ini, kerajaan negeri akan mengiklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41.
Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29, katanya.
Tambahnya lagi, sistem pendidikan Islam kelolaan JAIS yang bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam.
(Khalid menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru cemerlang)
Pada masa ini, JAIS mengurus sebanyak 12 buah Pra Sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 2012 buah Sekolah Rendah Agama, 286 buah KAFA Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan Teknologi.
"Justeru, untuk menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini,” kata Abdul Khalid.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali pula berkata, kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini.
“Setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar," katanya.
Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi, katanya.
Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan, katanya ketika ditemubual media dalam Majlis Sambutan Hari Guru JAIS Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam, di sini.
Hadir sama, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.
Selasa, 24 April 2012
Adad Terhadap Ibubapa
Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : "Allah
melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya
kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan
janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan
yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)
"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)

Rendahkan Diri
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)
Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar.
Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.
Orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)

Orang Yang Muflis
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang
yang muflis ? Sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang
tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah
menjawab, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang
yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa
dan zakat tetapi dahulunya waktu di dunia dia pernah mencaci maki
seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah
seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada
orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu
pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, dia akan diberikan
pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya
sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya,
maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu
dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan
dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)
Langgan:
Catatan (Atom)