Selasa, 31 Ogos 2010

Jemputan ke Majlis Tahlil & Berbuka Puasa

Tarikh : 4 September 2010
Masa : Mulai 6 petang
Hari : Sabtu.
Tazkirah : Ustaz Rahim bin Arif.

Aturcara Majlis
600 Petang : Ketibaan jemputan
615 Petang : Tahlil Ramadhan
645 Petang : Tazkirah Ramadhan
725 Malam : Berbuka Puasa
: Solat maghrib

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Rabu, 25 Ogos 2010

Majlis Tadarus & Khatam Al Quran Sekolah2 Sabak Bernam

Hari ini 26/8/2010, Khamis, Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran sekolah2 Daerah Sabak Bernam diadakan di masjid Parit 4 Sg Hj Dorani. Seramai 210 pelajar terpilih dari seluruh sekolah daerah Sabak Bernam menjayakannya. Pada petang ini akan diadakan Solah Hajat semepna Peperiksaan UPSR,PMR dan SPM sebelum solat Asar. Selepas asar akan diadakan majlis Khatam Al Quran, tahlil, bacaan yasin dan berbuka puasa. Pada petang ini juga seramai 50 orang Guru Besar, 10 orang pengetua, 5 tetamu dari JPS akan hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama peserta tadarusdi samping penduduk kampung. Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan PPD Sabak Bernam. Mohon maaf atas segala kekurangan.









Selasa, 17 Ogos 2010

Puasa Siri 3

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Puasa Siri 2

Hukum Puasa
Puasa Wajib
1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2. Puasa Kifarah.
3. Puasa Nazar.
Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Puasa Haram

Rencana utama: Tempoh haram puasa

1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4. Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5. Puasa perempuan haid & Nifas
6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
7. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

* Berakal/waras
* Baligh (cukup umur)
* Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

* Orang Islam
* Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
* Suci daripada haid dan nifas
* Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

* Berniat pada malam harinya
* Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

* Makan sahur serta melambatkannya
* Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
* Menjamu orang-orang berbuka puasa
* Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

* Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
* Muntah dengan sengaja
* Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
* Keluar darah haid atau nifas
* Gila (hilang akal)
* Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
* Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
* Murtad (keluar dari Islam)
* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

* Orang yang sakit .
* Orang yang berkerja buruh.
* Orang yang dalam musafir (perjalanan).
* Orang tua yang sudah lemah.
* Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan
Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.
Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Dalil Puasa

Firman Allah S.W.T:
“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“ " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Niat Puasa
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz Niat Puasa
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

* Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
* Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

JAIS, Rancang jawatan Pengurus Masjid

SHAH ALAM, 5 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mewujudkan jawatan pengurus masjid.
Ia menawarkan skim gaji Gred 41 dengan gaji permulaan kira-kira RM2,500 sebulan.
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pengurus masjid akan bertugas sepenuh masa.
Ia bebeza dengan nazir yang menerima lantikan secara kontrak selama tiga tahun dan hanya menerima elaun RM200 sebulan.
Menurutnya, JAIS sudah mengemukakan cadangan dan ia dijangka dilaksanakan pada 2012.
Katanya, langkah itu bagi mengatasi masalah nazir masjid yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Beliau mengulas mengenai isu purata 3o anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor meletak jawatan setiap bulan.
Katanya, kontrak nazir yang ada sekarang tamat pada 2012.

Isnin, 16 Ogos 2010

Kuiz Zakat di Udara

SHAH ALAM, 9 Ogos – Kesedaran menunaikan ibadat zakat oleh umat Islam di negara kita masih rendah kerana mereka beranggapan dengan menunaikan zakat fitrah di bulan Ramadan sudah memadai.
Zakat tidak terhad kepada fitrah semata-mata malah ia merangkumi zakat harta terbahagi kepada 8 jenis iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang simpanan, zakat emas dan perak, zakat saham serta zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz.
Atas kesedaran itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama stesyen radio tempatan IKIM.fm menganjurkan “Kuiz Zakat Di Udara” selama empat bulan bermula pada Oktober 2009 dan berakhir pada Januari 2010.
Kuiz ini diadakan bertujuan mempromosikan zakat kepada pendengar untuk menyebarluas dakwah zakat kepada masyarakat.
Di samping itu penganjurannya bertujuan bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan, menggalakkan masyarakat menunaikan zakat seterusnya mendidik mereka secara tidak langsung tentang hal ehwal zakat.
Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang dikumpul oleh pendengar melalui Kuiz Terkumpul dalam tempoh empat bulan ia dipertandingkan. Pemenang terpilih menerima hadiah tiket penerbangan ke destinasi menarik.
Siang tadi Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama dan pemenang tempat pertama hingga ketiga “Kuiz Zakat Di Udara” bertempat di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Bangunan Sultan Idris Shah dekat sini.
Setelah cabutan dijalankan, pemenang utama kuiz ini dimenangi oleh Zainal Mohamad Nasir; tempat pertama-Siti Zaleha Syed Sa’ari; tempat kedua- Fadzillah Md Tahir dan tempat ketiga Badrul Nazri Mohamad @Din. Masing-masing menerima dua tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Jakarta; Kuala Lumpur-Ho Chi Minh City; Kuala Lumpur-Bangkok dan Kuala Lumpur-Phnom Penh.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jemputan ke Majlis Tahlil & Berbuka Puasa

Muslimin muslimat yang berkelapangan dijemput hadir ke Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Parit 4, mulai jam 6.30 petang. Insyaallah jamuan cukup disediakan. Muslimin muslimat yang ingin menyertai Tahlil untuk satu keluarga RM150.00 manakala untuk tahlil kelompok RM10.00 untuk seorang. insyaallah.